Sunday, April 7, 2013

Kembali ke fitrah. Pena lebih indah dari lidah ~

Assalamualaikum.

Lama dah tak menjenguk ke blog ni.
Kalau blog ni serupa buku, berabuk habis dah ni. Tinggal tak tenggelam je.

Sungguhlah rindu nak berbicara, meluahkan perasaan, berkongsi pendapat.
Tapi seringkali, masa hidup bergelar pelajar dulu, ada aje kekangan masa yang menyebabkan terkuburnya blog ni.
Tapi tak bermaksud yang aku nak berhenti terus dari menulis blog.

Blog ni bagus sebenarnya. Blog adalah salah satu medium yang berpengaruh di alam maya ni.
Blog jugalah tempat untuk aku meluahkan apa yang terbuku, yang aku rasa mungkin takda manusia yang sanggup dengar.
Jadi blog inilah yang akan menjadi mangsa tempat untuk aku luahkan perasaan atau sebenarnya lebih kepada pandangan dan pendapat. =)
Sebab bagi aku kalau dihalang seseorang itu untuk memberi pendapat atau pandangan, minda kita takkan berkembang. Akan sentiasa di takuk lama. Tak berubah.

Mungkin sejak dua menjak ni banyak isu yang aku rasa perlu dibicarakan, dibincangkan atau diketengahkan oleh sesiapa sahaja yang ada interestnya di situ, jadi timbullah perasaan untuk berblog kembali. hehe

Tapi memandangkan hari dah lewat, esok perlu masuk kerja pukul 8.30 pagi, elok sangatlah aku beredar dahulu.

Isu filem tempatan aku dah luahkan. Nanti aku bawak isu baru pulak. :)

Selamat malam dunia ~

Film Maniac ?



Aku peminat filem dan drama. Tak kiralah tempatan atau luar negara.
Namun rata-rata cerita yang aku sanggup laburkan duit di wayang adalah cerita orang putih. Mat Salleh la uollss.
Bukanlah aku ni bajet bagus sangat nak tengok cite omputeh aje kat wayang. Aku cuba untuk sokong industri tempatan, 
TETAPI, malangnya kebanyakkan filem atau drama Melayu sekarang produksinya macam buat filem sekadar "buat filem". Noktah.
Hei, aku bayar RM10-15 hengget bukan sekadar nak tengok adi putra, aaoran aziz, fazura je tau ?
Aku beli tiket untuk tengok wayang dengan harapan nak dapat kepuasan menonton satu2 jalan cerita yang digarap oleh pengarah dan penulis skrip Malaysia.
Tapi apa yang aku dapat ? hasilnya ? Input tak ada. Nilai murni? Lagilah haram.
Mungkin aku sorang je kot yang lembap, tak dapat nak tangkap ?
Pulak tu sesetengah filem atau drama, aku rasa macam ada bagi nilai negatif pun ye jugak.

Lightbulb - Video youtube kat atas nun. Walaupun ni hanyalah filem pendek, tapi 7 minit dah cukup untuk buat aku menghargai filem ini berbanding sesetengah drama atau filem-filem Melayu yang durasinya 2 jam.
Plot yg tersusun, lakonan yang bersahaja dan penceritaan yang berkesan membuatkan otak aku berfikir, lebih bagus dari kebanyakkan filem-filem tempatan yang tak ada intipati langsung.

Mungkin, mungkinlah aku ni bias kerana pelakonnya. Tapi sangat, sangat, dan sangat tak salah untuk menyokong filem yang sememangnya ada kualiti dan intipati yang berguna.
Filem macam inilah yang patut masuk panggung. Bukannya mat rempit, mak limah balik kampung, bini-suami gangster.
Tolong tolong dan tolong. 
Rayuan ni kerana aku masih sayangkan industri perfileman Malaysia.
Kepada penggiat filem dan drama tempatan yang berduit dan producer2
( sebab pengarah dan pembikin filem yang tak berduit tapi buat cerita tak berkualiti tak ada producer yang boleh/nak sponsor)
TOLONGLAH buat filem/drama Melayu yang akan menjana pemikiran anak2 muda, meninggalkan impak-impak dan nilai-nilai positif dan akan buat kami sebagai rakyat Malaysia bangga untuk cakap "Ini filem/drama buatan Malaysia".

Enough with the orang-kaya-kahwin-orang-miskin-bini-bini-gangster-kahwin-2-rasuk-merasuk-santau-menyantau-berebut harta syarikat-cintan-cintun-bagai-nak-rak-macam-budak-budak nonsense.

Banyak lagi element kasih sayang, kekeluargaan, nilai murni, kemasyarakatan, yang boleh diangkat menjadi tema drama/filem. Bukan tak boleh buat cerita bertemakan permasalahan sosial seperti rempit, mat gian, dadah dan jenayah, tapi buat filem tu dengan intipati yang boleh beri pengajaran kepada orang yang menonton. Bukan sekadar ada awek seksi, cium sana, pegang sini, pukul sana, ragut sini. Endingnya ? Tak dapat apa-apa pun. Itu dah menyimpang jauh dah tu.

Budak Flat Jalan Bayan is one of the best movie yang mencerminkan permasalahan sosial masyarakat. Tetapi olah cerita dan pengakhirannya memberitahu kita yang bekas banduan juga punya hak untuk berubah jadi baik. Jangan cepat menghukum seseorang berdasarkan kesilapan lampau mereka. 


Am i wrong ? That's just my two cent.
Tepuk dada, tanya selera.

Oh btw, WAJIB tengok Pasport Ekpres karya Rewan Ishak juga kalau minat Lightbulb ni :) seriously awesome !

p/s: Rindukan filem-filem dan iklan dari arwah Yasmin Ahmad. Semoga rohnya dicucuri rahmat.