Sunday, April 7, 2013

Kembali ke fitrah. Pena lebih indah dari lidah ~

Assalamualaikum.

Lama dah tak menjenguk ke blog ni.
Kalau blog ni serupa buku, berabuk habis dah ni. Tinggal tak tenggelam je.

Sungguhlah rindu nak berbicara, meluahkan perasaan, berkongsi pendapat.
Tapi seringkali, masa hidup bergelar pelajar dulu, ada aje kekangan masa yang menyebabkan terkuburnya blog ni.
Tapi tak bermaksud yang aku nak berhenti terus dari menulis blog.

Blog ni bagus sebenarnya. Blog adalah salah satu medium yang berpengaruh di alam maya ni.
Blog jugalah tempat untuk aku meluahkan apa yang terbuku, yang aku rasa mungkin takda manusia yang sanggup dengar.
Jadi blog inilah yang akan menjadi mangsa tempat untuk aku luahkan perasaan atau sebenarnya lebih kepada pandangan dan pendapat. =)
Sebab bagi aku kalau dihalang seseorang itu untuk memberi pendapat atau pandangan, minda kita takkan berkembang. Akan sentiasa di takuk lama. Tak berubah.

Mungkin sejak dua menjak ni banyak isu yang aku rasa perlu dibicarakan, dibincangkan atau diketengahkan oleh sesiapa sahaja yang ada interestnya di situ, jadi timbullah perasaan untuk berblog kembali. hehe

Tapi memandangkan hari dah lewat, esok perlu masuk kerja pukul 8.30 pagi, elok sangatlah aku beredar dahulu.

Isu filem tempatan aku dah luahkan. Nanti aku bawak isu baru pulak. :)

Selamat malam dunia ~

No comments: